Saturday, May 31, 2008












Menyabut Hari Jadi Ammar di Taman Sari

Makanan yang disediakan dan dibeli oleh tok ma

Ammar bersiap sedia untuk memulakan majlis





Tuesday, May 13, 2008

AYRA

HIFZZA AND AYRA

AMAR AND AYRA

KKHASIATTUMBUH TUMBUHAN

TUMBUHAN UBATAN TRADISIONAL

MALAYSIA

Nama

Mofologi

Taburan

Kegunaan

Euphorbiaceae

Kucing Galak,

Cika Mas

Herba, 30 cm tinggi. Daun membrane, ovat rhomboid, pangkal daun tengah rat. Petiol kurus; resam lebih pendek daripada petriol.

Dipercayaai berasal dari India Selatan. Sejenis rumpai yang tumbuh liar di kawasan terbuka dan tanah berpasir.

Penyakit Kulit – tumbuk lumat keseluruhan pokok dan sapukan pada tempat jangkitan. Ulser – pokok ini dibersihkan, direbus dan ari rebusan buat kumuran. Lenguh-lenguh anggota badan, kencing manis – ambil tiga atau lima urat tangkai akar pokok, direbus dan diminum bila suam, jadikan amalan.

Acoraceae

Jerangau

Herba saka yang berdaun panjang dan meruncing di hujung. Daun 1-2 m tinggi 2-4 cm lebar. Pedunkel 48 cm panjang. Bunga 15- 76 cm panjang., akuminat. Spadiks hijau, 5-10 cm panjang. Obtus. Mempunyai rizon.

Berasal dari negara yang trerletak di latitude utara. Pokok ini banyak ditemui di tempat yang basah dan lembab dan lazimnya ditanam di kampung-kampung.

Lepas bersalin – ramuan campuran dalam ubatan akar kayu. Lelah – rizon yang matang dikeringkan, dibakar dan hidu asapnya perlahan-lahan, berasa pedih dan cecair lender akan keluar, buangkan dan ulang hingga lega. Sakit gigi – rizonnya digigit kuat-kuat hingga kesakitan gigi berkurangan.

Liliaceae

Bawang Merah,

Bawang Kecil

Herba umbisi yang bersaring dan berkulit nipis. Daun 0.2-0.4 m tinggi, panjang umbisi 10-30 gm sebiji dan berwarna merah.

Dibawa ke Malaysia dan mudah ditanam di kawasan lembab dan sejuk.

Buang angina dalam, Lelah, Sejuk anggota badan, Melawaskan kencing – beberapa ulas bawang merah dilumatkan dan dicampurkan dengan minyak kelapa, dihangatkan seketika kemudian sapukan pada tempat yang sakit atau keseluruhan anggota badan. Awt muda , Tenaga batin – seulas bawang merah dan dihancurkan dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampungdan sedsikit air, panaskan seketika dan minu8m di waktu petang. Luka, Bisul, Melecur – seulas atau beberapa ulas bawang, dilumatkan atau dibakar hingga hangus kulitnya, belah dua kemudian tekapkan pada tempat yang sakit.

Liliaceae

Bawang Putih

Herba umbisi, kulit nipis berlapis dan berwarna putih. Berumpun antara 6-10 ulas. Daun kecil dan panjang, 0.2-0.3 m tinggi.

Dibawa ke Malaysia dan mudah ditaman di kawasan yang lembab dan sejuk

Mengurangkan kolestrol,darah tinggi, Kencing manis, Buang angina dalam badan – seulas bawang, ditumbuk dan masukkan dalam air panas atu suam, minum setiap hari. Sakit gigi, Tersusuk duri/Besi karat – seulas bawang dibakar dan digigit pada gigi yang sakit; ditekap pada tempat kena duri/besi karat dan balut. Sakit perut, Gigitan binatang bisa, Lelah – sebiji bawang, dibersihkan dan lumatkan serta campurkan dengan madu lebah, panaskan seketika dan minum ramuan ini sebelum tidur. Amalkan sehingga sembuh.

Zingiberaceae

Langkuas padi

Lengkuas helang

Herba, 120 cm tinggi. Daun lebih kecil, 24 cm X 5 cm, tangkai daun pendek, perbungaan atas kekenan, 20 cm panjang, satu daripadanya pendek pada dasarnya. Bunga kecil, kurang daripada 1 cm panjang. Buah bulat, kurang daripada 1 cm diameter, merah jambu atau merah terang.

Mudah dijumpai di kawasan belukar tanah pamah dan taburannya meluas di Malaysia.

Lepas beresalin – rebusan daunnya untuk dibuat mandian. Pening kepala, Demam, Lengah-lengah badan – seluruh pokok ditumbuk dan kemudiannya dilumurkan ke bahagian badan yang sakit. Buang angin dalam badan, Kempiskan perut – Rizon ditumbuk lumat, kemuddian dilumur atau tampal pada tempat yang sakit dan dibalut atau bengkung . Untuk buang angina, beberapa keratin rizon dibersihkan kemudian rebus hingga mendidih, disaring air dan minum sekerap kali terutama malam

Liliaceae

Lidah buaya

Aloe vera

Herba hijau dan banyak kandungan air, margin daun berduri lembut. Hujung daun runcing dan pangkal daun tebal ovat.

Berasal dari Amerika Selatan dan mudah hidup di kawasan tropika. Dijadikan tanaman hiasan dan juga komersial.

Batu karang, Kencing manis, Darah tinggi – penggunaan produknya sebagai makanan sampingan. Melecur, Luka, Ulser – isi daun disapu atau dilumurkan pada tempat yang sakit

Zingiberaceae

Langkuas

Herba setinggi 2 m. Daun besar, 30 cm x 10 cm, tangkai daun pendek. Perbungaan atas kekanan, 25 cm panjang, bunga sederhana kecil, 2cm panjang, putih. Buah bulat, 1 cm – 1.5 cm diameter, merah jingga kehitaman.

Dikatakan berasal dari India dan taburannya meluas di kawasan Asia Tenggara. Mudah hidup di kawasan terbuka dan lembab.

Lepas bersalin – air rebusan daunnya dibuat manddian. Penyakit kulit – rizonnya dicampur dengan limau purut, bawang putih dan cuka, kemudian digosok pada tempat jangkitan dengan kuat. Dibiarkan sebentar kemuddian cuci bersih.

Anacardiaceae

Gajus

Ketereh

Janggus

Pokok sehingga 12 m tinggi, daun koriaseus, obovat, tumpul atau retus; pangkal daun kunat, urat daun 10 hingga 20 pasang. Petriol, panikel 26 cm panjang, pendahanan puberulus. Bunga 1.5 cm panjang, putih dan bertukar merah muda. Buah 2.5 cm panjang, kelabu, pedunkel 10 cm panjang 5 cm lebar.

Berasal dari Amerika Tropika, habitat berpasir terutama persisiran pantai. Meluas taburannya di Malaysia.

Awet muda, Kencing manis, Darah tinggi, Mengurangkan kolestrol – makan pucuk sebagai ulam setiap hari. Luka, Melecur, Tumit kaki pecah, Bisul, Gigitan binatang bisa – ambil sejengkal kulit kayu, dicuci kemuddian ditumbuk lumat dan tampalkan pada tempat yang sakit dan balut.

Acanthanceae

Akar cerita

Hempedu bumi

Cengkam bumi

Herba tahunan, 30-90 cm tinggi. Daun rinkas, 8 x 2.4 cm, lanseolat, akuminat, atenuat, peruratan jenis pinat. Petriol 1 cm panjang. Jambak bunga jenis panikel, 10-30 cm panjang dan ki9ra-kira 2-3 cm melintang. Buag kapsul, 2-4 cm panjang, kedua-ddua hujung subakut.

Berasal dari India dan meluas taburannya di Malaysia. Sesuai di habitat berpasir, lembab dan teduhan.

Kencing manis, Darah tinggi,Selsema,Mengurangkan kolestrol – ambil 1 atau 2 helai daun, diremdam dalam segelas air panas, ditutup seketika dan minum bila suam. Atau ambil seperdu pokok, dikeringkan dan kisar hingga hancur. Kemudian ambil 1 sudu the dan dibancuh dalam segelas air panas. Amalkan stiap hari.

Moraceae

Nangka

Pokok tinggi 20 m. Batang licin, perang kekelabuan. Daun sedehana besar, tiada bulu, margin berombak. Bunga di ranting dan batang. Buah silider, berserabut, kuning bila matang. Isi berulas, kuning dan biji sederhana besar.

Ia dikatakan berasal dari kawasan tropika dan meluas di Malaysia.

Bengkak bayu dara – akar pokok di asah di bawah pasu dan disapu pada tempat bengkak. Luka, Bisul – daunnya dibakar kemudian diramas bersama minyak kelapa dan disapu pada tempat yang sakit. Kayap, Panau – putik nangka diasah dan dicampur dengan minyak kelapa kemudian sapu pada tempat jangkitan.

Leguminosae

Jering

Jengkol

Pokok hingga 20 m tinggi. Batang kelabu. Daun glabrus, oblog ke oblong-lanseolat,hujung akut, pangkal kuneat. Bunga dalam panikel. Korola glabrus. Ovari glabrus. Pod ungu pekat,

glabrus dan tebal. Biji besar.

Tumbuh liar di hutan sekunder dan primer di Malaysia dan banyak ditanam untuk buahnya

Darah tinggi, Kencing manis – buah dimakan sebagai ulaman atau bahan masakan.

Palmae

Pinang

Pokok batang bulat dan tinggi mencapai 10 m. Daun berpelepah, besar berbentuk pinat dan kanopi bulat, rimbun di atas. Bunga bermayang agak kecil dan buah bertandan 15-20 biji, maswak berwartna jingga kemerahan.

Berasal dari India dan meluas di kawasan tropika. Banyak ditanam sebagai hiasan dan pelbagai guba

Demam, Pening kepala – daun dipotong kecil, ramas bersama sedikit beras serta air, ratakan seluruh badan atau basahkan kepala dan bungkus dengan kain bersama ramuan tersebut Luka, Bisul, Putihkan gigi – buah pinag yang tua, bijinya dibakar hangus serta ditumbuk hingga hancur. Sapu pada tempat yang sakit. Arangnya yang halus dicampur dengan sedikit garam gosok pada gigi hingga putih. Penyubur peranakan – Ambil putik pinang muda, dibersihkan dan dikisar hingga halus, disaring airnya . Satu sudu makan , dicampurkan sedikit madu lebah dan minum.

Oxalidaceae

Belimbing buluh

Belimbing wuluh

Pokok kecil. Anak daun 5-17 pasang, oblong kelabseolat pubesen ke bawah. Bunga dalam kelompok atau jambak di atas ranting dan dahan. Warna merah. Buah hijau lebih 7.5 cm panjang, kekuningan bila matang.

Meluas di kawasan tropika dan sesuai di habitat lembab serta teduh.

Darah tinggi, Kencing manis, Mengurangkan kolesterol, Pelawas kencing – buah dikisar hingga hancur, saring airnya dan minum setiap hari. Demam, Pening kepala,Penyaki kulit – segenggam daun, dicampur dengan asam jawa dan sedikit beras, dilumatakan hingga halus kemudian sapu pada tempat jangkitan. Lakukan berulang kali. Hilangkan kelemumur dan kutu, Rambut gugur, Cantikkan rambut – buah amatang dilumatkan dan disapu atau digosok ke atas kepala biarkan seketika kemudian bilas. Amalkan semasa mandi.

Meliaceae

Semambu

Neem

Pokok bersaizsederhana kecil. Anak daun 4-7 pasang, terminal anak daun lanseolat melengkung ke belakang, bergerigi, tidak simetrik, hijau muda. Bunga putih wangi dan kurus lax panikel, beberapa bunga berkembang pada masa yang sama. Buah bulat oblong, hijau cerah, pulpa nipis.

Berasal dari India meluas taburannya dikawasan tropika.

Deman campak,- Daun dicampur beras dan kunyit, ditumbuk hingga hancur kemudian disapu di seluruh baadan. Demam – sekekak akar semambu, dibersihkan dan direbus hingga mendidih, minum berulang kali sehingga sembuh. Hilangkan gatal-gatal, Hilangkan bau mulut – beberapa helai daun dibersihkan dan dikunyah, telan airnya yang brasa berangin dan pudina.

Lecythidaceae

Putat

Compositae

Subong

Telinga kerbau,

Capa

Sembung

Pokok jenis saka berkayu rending, 5 m tinggi. Daun koriaseus, oblong – lanseolat menajam ke petiol. Spikaa aksilari. Bunga sesil 5 x 3 cm; cuping 4. Buah avoid licin, hijau kemrehan.

Syrab, 2.0-3.5 cm tinggi, tomentos berbau kuat seperti kapur barus. Daun membrane eliptik-lanseolat, serrate-dentat akut, pangkal sempit, tomentos ke bawah. Bunga kuning, brakt linear akuminat tomentos, berjambak. Daun berbulu halus.

Meluas di hutan tanah pamah dan juga di tepi sungai.

Tumbuh liar di kawasan belukar di hutan pamah sekunder.

Awet muda – pucuk dan buah muda dimakan sebagai ulam. Resadung – kulit pokok dikeringkan, dibakar dan asapnya dihidu perlahan-lahan. Bisul, Gatal-gatal – beberapa helai daun dicampur dengan beras dan kunyit ditumbuk bersama kemudian ditampal pada tempat jangkitan.

Bisul, Perut masuk angina – layurkan daun di atas api, daun tersebut disapu dengan sedikit minyak kelapa dan tampalkan pada tempat yang sakit. Lepas bersali – rebusan air ramuan daun dibuat mandian atau daunnya dibuat alas tungku untuk mengecutkan rahim atau mengempiskan perut.

Mimaroubaceae

Melada pahit

Lada pahit

Syurub hingga 10 m tinggi. Kulit kuning hijau dengan parutrakis daun yang jelas, obkordifom. Daun majmuk, panjang 12-62 cm dengan 5-15 anak daun, bersententang, ovat atau lanseolat, akuminat, kuneat, dental, atas pubesen, bawah tomentos. Bunga merah, kaliks 4 cuping. Buah nut, 1-5 biji, menggerutu tidak lebih dari 3x5 mm.

Di hutan tanah pamah dan belukar,. Meluas di seluruh Semenanjung Malasia teruma di utara semenanjung.

Gititan Binatang Bisa, Bisul – buah masak atau daunnya dilumatkan dan di tampal pada tempat yang sakit. Untuk gigitan bianatang bias, pastikan anda buangkan bisanya terlebih dahulu. Kencing manis, Buasi dan lepas bersalin – buah yang cukup matang dikeringkan dan pecahkan kulitnya. Isi diambil dan makan terus selama 10 hari. Sekali makan 10 biji.

Asclepiadaceae

Lembiaga

Syrub 2-3 m tinggi, dahan dipenuhi bulu, semasa muda, 10-20 x 5-10 cm, petiol tiada atau sangat pendek . Sima tegak, bunga banyak, dipenuhi bulu. Bunga besar, putih dan ungu muda. Buah folikel. Biji keras.

Berasal dari India dan tersebar secara relative di kawasan kering dan berpasir di Afrika dan Asia.

Bisul – daunnya ditumbuk hingga lumat dan kemudian ditampal ditempat yang sakit. Resdung – kulit atau daun pokok dikeringkan lalu dibakar , asapnya dihidu perlahan-lahan. Hudung terasa pedih dan cecair lender akan keluar, ulangi hingga rasa lega. Ulser – patahkan daun nya serta ambil getahnya dan disapukan pada tempat yang sakit. Kembong, Bengkak-bengkak badan – daunnya dilayur atas api kemudian sapu sedikit minyak kelapa dan ditampal pada tempat yang sakit.

Theaceae

Teh

Syrub. Daun ringkas, berselang, serrulat, eliptik-lanseolat, peruratan pinat, urat sekunder 8 pasang, aspeks mukrinat, pangkal attenuate, petioal 0.5-1.5 cm. Bunga biseksual, petal 5-7, putih, bebas. Buah kapsul berkayu, hijau dan 3 lobus.

Berasal dari Indo China dan tersebar meluas di Asia, Sesuai di tanah tinggi.

Demam, rambut gugur – ambil segenggam daun teh yang dah kering, direndam dalam air panas, saring airnya dan diminum atau dibasahkan pada kepala serta badan. Cara ini dilakukan beberapa kali sehingga penyakit berkurangan. Kancser, melancarkan perjalanan darah , mengurangkan kolestrol – amalkan meminum air the setiap hari. Hilangkan parut – hampas the digosok secara perlahan di tempat yang ber[parut.

Annonaceae

Kenanga

Syrub 6-10 m tinggi, ranting muda berbulu. Daun oblong ke elliptic, lebar, sisi selari. Petiol 1-1.5 cm, berbulu. Bunga harum, kuning, berjuntai , aksilari, pedisal 3-5 cm, berbulu, sepal 0.7 cm ovat, akut, gabung di pangkal, berbulu kedua-dua belah, petal linear-oblong. Karpedia matang oblong-obvoid, licin, biji 2-12 dalam 2 baris.

Asli di Asia Tenggara. Tersebar luas di kawasantropika Asia dari India ke Australia Utara dan seluruh Malaysia serta Filipina.

Lelah, Sesak Nafas- bunga direbus sehingga airnya tinggal 1 cawan dan minum pada waktu pagi dan petang. Lepas bersalin – dijadikan sebagi salah satu bahn untuk mandai bunga. Kosmatik – minyak parti hasil abstrak daripada bunga dijadikan sebagai salah satu bahan untuk kosmatik









enjin kereta


enjin kereta toyota rush baru

Thursday, May 1, 2008

Persatuan Kebajikan Darul Arif

Saya menyeru semua rakyat Malaysia keturunan Patani marilah ramai ramai kita menyukong persatuan ini dengan daftarkan diri menjadi ahli supaya persatuan akan jadi kuat